Tuesday, December 14, 2010

2010.

Tahun yang sangat ber-erti bagi ku. Banyak perubahan berlaku, manis & pahit, perkara biasa untuk satu kehidupan. Ya, bila di-ingatkan lagi, dengan keluhan keletihan mengharungi semua ini, ada juga baik dan buruk untuk diri ini dan di jadikan pengajaran.

2010. Di mana, aku tidak perlu lagi turun ke sekolah. Perkara yang sangat baik sebenarnya, tp aku juga rindu dengan atmosphere persekolahan. sekarang aku di alam dewasa. Di tahun ini juga aku menerima keputusan SPM ku. yaa...keputusan ku amat memuaskan hati ini. Macam mana aku belajar, macam tu la SPM ku. Aku meneruskan persekolahan di SEGi College Sarawak. Mengambil bidang Nursing ataupun dikenali DIN. Diploma in Nursing. Banyak kawan-kawan baru yang aku kenali. Sekepala pun ada, (itu semestinya). Grover Hayes, Awind, Meow, Munan, Awang, Ricky, Jeffry, ya banyak lagi kalau nak disebut. Itulah kawan-kawan baru yang mengganti kawan-kawan persekolahan menengah. Miss them... T^T

2010. Di awal tahun aku bekerja di satu kedai minuman. Ingin merasa bagaimana mencari duit dengan sendiri. Bukan senang nak menyara hidup, kalau kerja tak stabil. Dari situ juga aku mengenangkan ayahku, dialah sumber hidup kami, aku berdoa pada yang maha Esa, mudahan dipermudahkan segala urusan, dipanjang kan umur, ya. Kami belum sedia kehilangan dirimu, tanpa mu diri ini akan kecundang. Berilah semangat sehingga aku berjaya, sehingga aku boleh menanggung keluarga kita, waktu itu, ayah boleh berehat. Biarla aku mengganti beban mu, kakak dan abang sudah jatuh. Aku tak nak..aku tak nak seperti mereka, dan aku nak yang berada dibawah, mestila lebih baik.

2010. Kisah cinta yang sangat rumit. Mencintai dan dicintai. itu perkara biasa. Rasanya susah nak meluahkan kisah cinta ini. kerana terlalu rumit. ada 3 org yang aku gilakan..tp seorang itu mempermainkan diri ini. seorang lagi aku tak bisa menerima dirinya, dan seorang lagi sangat gila padaku (kenja) tp aku pun gila jugak. hahahaha!!! perjumpaan kamu di BbM sangat bertuah. terima kasih blackberry. :D

Itu saja sinopsis hidup 2010. Ya, yang pahit itu biarla berlalu..yang manis itu biarla jadi kenangan. Selamat Tinggal 2010. 2011. Let's make that year more better.

No comments:

Post a Comment

Psssttt~

Twitter Bird Gadget