Monday, January 17, 2011

Cinta ku kembali.

Lapangan terbang seperti biasa,bising dan heboh dengan orang yang pergi dan masuk ke negara ini.Lagi-lagilah sewaktu kapal hendak terbang atau mendarat.

Sepasangan kekasih tengah berpegang tangan kerana si gadis tidak mahu berpisah.Perwatakkan si gadis yang rendah sedikit dari si lelaki.Berambut blown dan hitam pekat.Memakai gaun berwarna merah jambu paras lutut dan menyangkutkan slim beg jenama Louis Vutton.Rambut nya pula diikat dengan raben pink.

Si lelaki pula memakai jeans Levis berwana hitam ke biru-biruan.Baju Polo berwarna putih dan membawa beg di belakang dan beg travelling di tepinya.

Mereka masih berpegang tangan dan si gadis menunduk kepala menahan esakan dan air yang akan pecah dari kelopak mata.Si lelaki hanya menatap si gadis penuh sayu dan senyuman manis.

“Dah lah,tak da apa-apa yang perlu di tangisi, Tengku pergi bukan lama pun,5 Tahun jer! Pastu Tengku balik sini keyh?”Kata si lelaki dengan menguatkan sedikit genggamannya terhadap si gadis bagi memberi kepastian.

“Janji keh?”Si gadis mendongak,matanya kemerahan menahan air mata.

Tengku mengangguk kecil,Si gadis menarik sesuatu di dalam slim bag nya.Dua utas rantai yang bercantum berbentuk hati di keluarkannya.Di tariknya satu dan di berikannya ke Tengku. Tengku mengambil dan terus memakainya di leher.

“Thanks Anggun.”

Di ciumnya dahi Anggun dengan erat lalu terdengar pengumuman untuk pelepasan kapal terbang yang seterusnya.Tengku melepaskan pelukannya lalu menarik bagasi ke pintu utama.Anggun di tinggalnya begitu sahaja dalam keadaan teresak-esak menahan tangisan. Di lapangan terbang Bandar Geffen, berdengung suara memberitahu bahawa kapal terbang seterusnya akan berlepas.

***

  5 Tahun 15 hari berlalu..

5 tahun berlalu,Anggun berpindah ke Prontera, mendirikan sebuah kedai bunga bernama ‘FLORIA SHOP’. Anggun berkemas untuk keluar ke restoran untuk minum bersama tiga orang lagi kawannya.Rambutnya sekarang mengurai panjang sampai ke paras dada.Di ikatnya dengan pengikat rambut,pengikat rambut raben pink yang di beri oleh Tengku, memakai pakaian t-shirt berwarna merah jambu jenis longslave.Menggunakan seluar bottom Levis dan memakai beg LV berwarna cream.Akhir sekali di pakainya rantai yang berbentuk hati setengah.Kasihnya terhadap Tengku tidak akan berubah.Di tolehnya ke atas meja tulisnya,berdiri megah frame kecil yang bergambarkan sepasang kekasih iaitu Tengku & Anggun.Di dalam gambar itu,rambutnya masih pendek,berbeza dengan dirinya sekarang.

Dia teringatkan sesuatu,

“Dah lah,tak da apa-apa yang perlu di tangisi, Tengku pergi bukan lama pun,5 tahun jer! Pastu Tengku balik sini keyh?”

Janji yang telah di sebut oleh Tengku,5 tahun,tetapi sekarang melebihi had yang diberitahu,terkasima dirinya,suara Tengku maih terngiang-ngiang di telinga nya,saat yang begitu sedih.

Setahun Tengku sudah pergi jauh, Tengku ada menghantar sekotak coklet melalui post, pada hari jadinya. Dia sangat terharu kerana Tengku masih ingat padanya. Tetapi dua, tiga, empat tahun kemudian , setiap kali hari jadi Anggun, tiada apapun yang datang dari Tengku. Dia pasrah....Tengku melupakannya sudah.

Tetapi dia tabahkan diri,dia melangkah keluar,da terus ke restotan yang kira-kira sejauh 200 meter sahaja.Setibanya di restoran,kawan-kawannya melambai dari dalam.Dia membalas dengan senyuman.Dia masuk ke restoran lalu mendapatkan tempat duduknya.

Lama tidak berjumpa,seronok berbual kosong,tiba-tiba kawannya yang duduk di sebelahnya mengeluarkan sebuah majalah bertajuk “HOT MAGI!!”

Terpampang sebuah pasangan, di muka tajuk majalah tersebut,di amat-amatnya gambar itu,

TENGKU!!!

Bersama seorang wanita yang tak di kenalinya,

Diliriknya matanya ke bawah,7 hari LAGI!!

TENGKU ARIF, AKAN KAHWIN!! Di Prontera!! Bandar yang dia tinggal sekarang.

Air mata mula bertakung,di hempasnya buku ke atas meja makan,ketiga-tiga kawanya tersentak dengan apa yang di lakukannya.Lantas dia keluar,berjalan dengan cepat sekali untuk balik ke rumah.

Sepasangan kekasih berpegang tangan melimpasi Anggun, Anggun berasa pelik, di tolehnya pasangan itu,

Pasangan lelaki itu pun menoleh,

Mereka bertentangan mata,

AH!! Itu Tengku..bersama wanita itu..bisik hati Anggun.

Macam pernah tengok jelah perempuan tu....raben PINK??Bisik hati Tengku Arif.

Anggun menolah kedepan lagi,hatinya sakit melihat Tengku dengan perempuan lain.

Tengku pula ditarik oleh kekasihnya untuk meneruskan perjalanan.

****

Sampai di suatu kedai, ‘Jewellary’ Tengku dan kekasihnya memilih cincin untuk perkahwinan mereka,

Tengku minat akan satu cincin, ringkas dan murah,

“Baby,awak tengok cincin nie,cantik kan?” Tanya Tengku.

Penjual mengeluarkan cincin itu lalu di letaknya di hadapan Tengku dan Melissa.

Tengku menyarungkan cincin di jari manis kanan Melissa.Melissa tersenyum,tersengih, Tengku hairan.

“Baby tak nak yang murah dan ringkas nie, nanti ape pandangan orang, MURAHAN?? Tahu?? Dan Baby nakkan yang ini!!”

Tunjuk Melissa, cincin yang berlian yang agak besar,harganya mencecah RM 8.000.

Melissa mengeluarkan cincin di jarinya tadi lalu di letakkan nya atas meja kaca dengan kuat sekali.

Melissa keluar seraya berkata, “Tengku!! Kalau awak sayangkan saya,beli cincin tu,kalau tak putus!!”

Tengku tersentak mendengar kata-kata Melissa.

***

5 Hari Lagi....

Tengku pergi ke sebuah kedai bunga,lantaran dia masuk ke pintu,loceng berbunyi.

Di lihatnya sekeliling kedai,bunga yang di jual kedai itu cantik-cantik belaka.

Di lihatnya pula ke kaunter,AH!! Perempuan yang di tembung nya dua hari yang lalu.. cantiknya perempuan itu bagaikan malaikat.

-----------

Anggun,sedang duduk sambil menulis sesuatu di sebuah buku, terhenti sejenak dia menulis, hatinya ragu, melihat gambar Tengku dan dirinya,adakah Tengku yang di jumpanya dua hari yang lalu?? Tangannya nakal bermain dengan rantai di lehernya.

Pintu berdering,menandakan pelanggan masuk,di dongaknya muka, Tengku!!

Mereka berdua bertentangan mata sekejap, Anggun menundukkan kepalanya, ditutupnya rantai hatinya dileher.

Tengku pula tersedar dari lamunannya lalu meencari bunga untuk hari pernikahannya nanti bersama Melissa. Prasica Loisen. Bunga berwarna merah jambu, cantik dan menawan hati. Sekali di pandang memang cantik dan takkan jemu melihatnya walau berapa lama pun. Di ambilnya bunga itu sejambak, di bawanya ke kaunter.

Anggun pula terketar-ketar,malu nak menunjukkan muka.

“Berapa??” Tanya Tengku.

AH!!! Lamanya tak mendengar suara itu, rindu pula hilang di hati, bagaikan hendak menangis, tapi di tabahnya hati. Di dongaknya muka dan senyum seraya berkata, “RM 15 jer, memandangkan awak akan kahwin, saya bagi RM 10 jelah k..”

“Wah..cepat gak tersebar berita tentang perkahwinan saya dengan Melissa ek?” Kata Tengku sambil mengeluarkan dompet untuk membayar bunga tersebut.

Owh..Melissa rupanya nama perempuan tu. Bisik hati Anggun. Dia sedang meletakkan bunga itu dalam kertas lalu dogolongnya seperti kon.

“Biasalah, anak Sultan Badrashah, TENGKU ARIF...memanglah cepat terkenal, anyway I wanted to say before too late, CONGRATULATION, I’m feeling happy too..” Anggun menghulurkan tangan, untuk berjabat tangan dengan Tengku.

Tengku membalas jabatan tangan Anggun. Dia terlihat rantai Anggun. Rantai hati. Dia kenal rantai itu. Serupa miliknya. Kepalanya tiba-tiba sakit!! Tanganya melepaskan bunga yang di belinya lantas memegang kepalanya. Anggun terkejut melihat reaksi Tengku. Anggun mendapatkan Tengku, tetapi Tengku menolak untuk Anggun berbuat demikian. Anggun lalu tolong mengambilkan bunga tadi yang terjatuh.

“Awak ok ke Tengku Arif??” Anggun berasa cemas sambil menghulurkan bunga tersebut.

“Tak pe, tak pe, saya ok jer, anyway thanks a lot, I need to, hey! Don’t forget to come on my wedding day at Hilton Hotel, not far from here right?? This is my number phone, if have any problem just call me ok?? Actually I need to give you a card for permission but never mind just call me before you come to the ceremony, Ok, see u later.” Tanya Tengku sambil menghulurkan number telefon bimbitnya. Lalu keluar dari kedai, sebelum keluar, Tengku memandang Anggun buat kali terakhir dan loceng pintu berdenting lagi.

Anggun amat pasrah,Tidak dia sangka, akan berjumpa lagi dengan Tengku setelah sekian lama tidak bertemu dan mujur dia memilih Bandar Prontera untuk berpindah, mungkin sudah jodoh....??

No comments:

Post a Comment

Psssttt~

Twitter Bird Gadget