Monday, January 3, 2011

-Fate of Juddas- INTRO.


Hari mulai gelap,  malam akan melabuhkan tirai, hutan dan bukit bukau nampak indah dilimpah cahaya petang. Berlari seorang wanita di dalam hutan tebal, dengan membawa bayi yang didekap nya kuat.  Wanita itu lari dari sesuatu, sesuatu yang mengejarnya di belakang. 
BOOMM!
Bunyi dentuman disebelah kiri wanita itu dan menyebabkan wanita itu terhenti seketika, “kau takkan dapat lari Morgan!” Suara lelaki yang berteriak, lelaki yang mengejarnya dari belakang tadi. “dan kau takkan dapat mengejar aku Julian....” Morgan bersuara, ada sedikit getaran di balik suaranya yang keletihan berlari. Julian bergerak membuat sihir, seperti bebola api yang agak besar tetiba muncul lalu bergerak laju kearah Morgan. Morgan tersenyum lalu menepis bebola api yang dihasilkan oleh Julian tadi dengan senang, bebola api itu hilang begitu sahaja.
“Hebat juga kau ya.” “Aku bukan selemah yang kau sangka Julian, kenapa kau nak mengambil anakku? Lepaskan kami.” Julian ketawa mengilai, burung berterbangan pabila mendengar ketawa Julian yang agak menakutkan. Hari mulai gelap gelita, cahaya matahari sudah lenyap keufuk barat. “Morgan, apa kata kau bagi Juddas tu kat aku dan aku lepaskan kau, pergi kemana kau nak, Juddas takkan apa-apa, kau jangan risau.” “Aku tak percaya....orang seperti kau takkan berpegang pada janji!!” 
Morgan berundur setapak, “Jangan cuba nak lari, Morgan. Kau tak sedar ke dihadapan kau tu ada orang, kau tak boleh nak lari.” Morgan tersentak dengan apa yang dikatakan oleh Julian. Dia berpaling, ya, memang ada seorang lagi sedang berdiri tidak jauh dihadapan Morgan. Dia berpaling kearah Julian lagi. “Kau keparatt Julian!!” dengan beberapa langkah tangan kanannya, air muncul, ianya bermain dengan rentak tangan Morgan, aku perlu menentang Julain untuk lepaskan diri, bisik hati Morgan. “Water strike!!!” air yang diseru oleh Morgan tadi menyerang laju kearah Julian. Julian mengelak dengan melompat sambil menyeru sihirnya, “Fire Bolt!!” Beberapa buah api muncul di sekeliling Julian lalu menyerang Morgan namun Morgan sempat melindungi dirinya dengan sihir pelindung. Kawan Julian tadi ingin datang menyerang Morgana yang tidak sedar, namun apabila dia ingin menyeru sihir, dia telah tertolak dengan sendirinya jauh kebelakang, seperti ada sihir yang menolaknya, sihir itu kemungkinan datang dari anak Morgan, Juddas, kerana dia merengek sedikit ketika kawan Julian itu tertolak. Morgan tidak sedar akan kejadian itu, dia meletakkan Juddas di atas tanah, lagi dia membaca mentera untuk menyerang Julian, “Ice Formation, TRAP!” Julian tidak sempat mengelak sihir Morgan, lalu terperangkap dalam sihir ais yang dijelmakan oleh Morgan sebentar tadi.
Morgan tersenyum, dia baru teringat akan kawan Julian seorang lagi, tapi apabila dia menoleh, teman Julian itu sudah terbaring di atas tanah. Morgan membuka rantai yang bergantung batu putih segi tiga di lehernya lalu memakaikan rantai itu ke Juddas, “Mak harap kau selamat di sana, mak akan datang balik, menjemput kau bila umur kau 18 tahun.” Morgan berdiri dan membaca sihir yang agak panjang, mentera sihir yang agak pelik bunyi. Sihir ais pada Julian seperti sudah mula lemah, retak pada ais sudah kelihatan, Morgan sedar akan itu lalu membaca menteranya lebih cepat. Habis mentera dibaca, cahaya kelihatan terapung tidak jauh dari tanah, Morgan lalu mengambil Juddas dari tanah, mengucup dahinya sambil berkata, “hati-hati nak..” dibalingnya Julian kedalam cahaya itu, Juddas tidak jatuh di tanah namun dia diserap masuk ke cahaya itu, cahaya itu seperti portal ke tempat lain. Selepas itu, Julian telah dapat melepaskan diri dari sihir Morgan, “kau akan mati Morgan!! Berani aku buang anak kau ke dunia manusia!!” Morgan seperti membaca sesuatu, dan dengan tida-tiba cahaya tadi telah hilang dan lesap seperti angin yang pergi. “Kau tak sempat, Julian.” Morgan tesengih.
“Bodoh, kau buat aku lebih marah Morgan. Flame Wall!!!!!” Seru Jullian.
Wind Blow!!” Terpadam api yang mendinding Morgan, “Hand of Curse!” Seperti tangan halimunan, Jullian dicekek. “Force of Dimension!!!” lantas Jullian terpelanting kuat kebelakang lalu terhentak ke pokok oleh sihir Morgan. “Kau bukan lawan aku, lemah! Teleport!!” Hilang Morgan dari tempatnya berdiri tadi. Lenyap meninggalkan Julian yang kesakitan terlentang di tanah, temannya pula senasib dengannya namun dalam keadaan kaku.

No comments:

Post a Comment

Psssttt~

Twitter Bird Gadget