Thursday, July 14, 2011

Harry Potter and the Deathly Hallows part 2!



Hello, hello, hello guys!!! Ni nak cerita pasal #HP7p2 ok. :D 
Begin of the movie, memang dah dapat rasa bahang bombastic dalam cerita ni. Saya suka effects 3D nya, hebat dan sangat-sangat fantastic. Btw, cerita yang diceritakan dalam movie hampir sama dengan dalam movie even ada sedikit perbezaan dan sangat memuaskan. 

Pertandingan antara Snape dan Prof McGonagal sangat menakjubkan. Ingatan Snape yang diberikannya kepada Harry, menceritakan pengorbanannya terhadap Lily Potter (mak Harry) juga sangat jelas dan nyata seperti yang dinyatakan seperti dalam novel. Selain itu, Harry berjumpa dengan Dumbledore setelah disihir Avada Kadavra oleh Voldemort di alam antara ambang kematian dan dunia nyata (di Stesen King Cross) difilemkan dengan baik.

Pengakhiran cerita tersebut berakhir dengan Harry dan Ginny mengantar anak mereka utk belaja d Hogwarts (sama sahaja seperti di dalam buku.) Kepada sesiapa yang belom menonton #HP7p2 , saya cadangkan anda utk menonton dan tidak akan rasa sangat rugi. 


No comments:

Post a Comment

Psssttt~

Twitter Bird Gadget